Monday 15 October 2012

Exploring Cambodia : Siem Reap part 1

Seawal jam 3 pagi, aku naik bas dari KL sentral menuju ke LCCT. Walaupun aku rasa mengantuk tahap gaban, aku terpaksa jugak sebab flight akan berlepas pada pukul 6.50 pagi. Tiba di airport, aku buat self check-in dan terus masuk ke boarding hall. Sejurus pintu dibuka, aku galas beg dan mula berjalan dan masuk dalam perut kapal terbang. Flight penuh dengan kanak-kanak mat saleh beserta pengiring mereka , mungkin ada trip dari sekolah mereka ke Land Of Khmer, Cambodia. Selepas isi arrival card, aku bantai tidur sepanjang penerbangan 2 jam tersebut sebab rasa mengantuk yang teramat sangat. Kapal terbang mendarat di Siem Reap Int Airport pada jam 730 pagi, 20 minit awal dari ETA.

*waktu di Cambodia adalah GMT +7, iaitu 1 jam ke belakang dari Malaysia . 730 pagi di Cambodia = 830 pagi di Malaysia


Keluar dari perut kapal terbang, aku berjalan masuk ke dalam hall dan beratur untuk cop pasport dan juga serahkan arrival card. Rakyat Malaysia tidak perlu Visa untuk ke Cambodia kerana merupakan salah sebuah negara ASEAN , dan negara lain yang turut terkecuali ialah Laos, Filipina, Singapore, Indonesia, Thai dan juga Vietnam. Muka pegawai tukang cop pasport aku sungguh garang dan dia bertanya destinasi seterus nya selepas Siem Reap. Setelah aku jawab Phnom Penh dan Ho Chi Minh, dia meminta slip tiket flight HCM-KL aku dan selepas meneliti  dan berpuas hati, baru dia cop pasport dan bagi balik slip tiket kapal terbang tersebut. heh, ingat aku ni kaki tipu ke?


Aku berjalan menuju ke luar airport, rupa nya baru aku perasan yang takde langsung pegawai yang cek or scan luggage. Ramai pemandu tuk-tuk sabar menunggu costumer mereka, dan setelah puas scan dan takda nama aku, so aku lepak dan layan wifi free kat kafe luar epot tersebut. Tengah mata aku melilau, akhir nya aku ternampak seseorang memegang kertas terpampang nama aku dan terus bersalam dan naik motor menuju ke Popular Guesthouse

free pick-up Popular GH . lebih kurang 15 minit dari epot ke popular gh



tuk-tuk ; popular mode of transportation in Cambodia


sepanjang perjalanan, aku tengok banyak kereta yang boleh tahan mahal seperti Lexus, Land Rover di atas jalan raya. Aku musykil, mesti harga kereta kat sini murah. Kalau kat mesia, mati la nak membayor installment tiap-tiap bulan...huhu. Setelah sampai di Popular GH , pekerja di situ bagi aku kunci bilik dan tunjukkan aku bilik yang telah aku tempah. Aku tempah bilik single room berkipas dengan sharing toilet berharga 3USD, hoh murah ! Memandang kan aku cuma bawak rm550 untuk trip seminggu ni, bilik tu dah more than enough. Bayaran bilik boleh dibuat semasa nak check out dari guesthouse tersebut. Depan Popular GH ni adalah Mandalay Inn, manakala di sebelah Popular GH ada villa yang cantik, aku langsung tak perasan pasal villa tu sehinggalah diberitahu oleh YA. Sorry, aku pesen jenis yang tak kisah pasal tempat tido, sebab tu tak aware dengan hostel lain


Selepas letak barang, aku keluar dari bilik dan menuju ke  persimpangan jalan, iaitu sebelah kiri dari Popular GH. Kat simpang jalan ni ada beberapa buah kedai runcit, kedai dobi etc. Aku beli air mineral dengan harga KHR1000($0.25 / 80sen). Selain tu, kat sini jugak ada money changer koboi, pesen berniaga tepi jalan, selain dari kedai sewa basikal berharga 1USD/day. Murah woii, tapi sakit bontot haha


kat sini diterima pakai matawang KHR dan juga USD. Aku tukar semua duit aku dalam usd dan standby rm150 untuk emergency. Rate 1usd = 4000KHR , so jangan panik kalau dia bagi balance dalam KHR. Mula-mula aku pening dengan currency kat sini, tapi lama-lama, aku paham dengan cara urus niaga kat sini

contoh, harga air mineral 1000KHR . Kalau bayar pakai duit $1, peniaga akan bagi baki dalam KHR bernilai 3000KHR, iaitu :

4000KHR($1) - 1000KHR(air mineral) = 3000KHR.

paham ? ke tak paham? kalo tak paham, nanti find out sendiri ye ! aku tak reti nak eksplein, kang berbelit kahkah

aku masuk satu kedai yang provide servis jual tiket bas dan jugak sewa basikal. Lepas beli tiket bas ke Phnom Penh berharga $5 (rm15) , aku bayar $2, iaitu kos sewa basikal untuk 2 hari. sebenar nya, aku terpikir macam mana gaya aku bawak basikal pesen makwe berbakul depan ni. Seksi? Macho? Gurly? hahaha


dari simpang, aku kayuh basikal ke Old Market. Jarak dari Popular GH ke Old market cuma lah sekangkang kera, dekat yang teramat sangat. First attempt kayuh basikal kat sini, sumpah aku kekok. Sistem memandu di sini ialah left-handed drive, kadang-kadang aku tersilap masuk lorong sebab confuse, nasib baik tak melanggar atau dilanggar !


bersambung.....


7 comments:

dinieezyane said...

kau pergi sorang?
*jeles

Wa said...

ha ha...baru tau ..ada gak..pick up ..naik moto..:)

Fatt said...

murah hoh dok popular...publish rate ke?

kemang said...

@dinie : haah sorang..hehe

kemang said...

@wa : haha.. ingat kan dia nak amik pakai tuk-tuk aritu hehe

kemang said...

@fatt : haah weh, murah gila ..basic room je, kipas katil, toilet kat luor..

Zara AB said...

Murah gile Popular! Baru perasan yg Popular tue depan Mandalay ek? Sempoi lar pick up dia, naik motor jek! Igtkan dia offer Tuk Tuk.