Monday 15 October 2012

Exploring Cambodia : Siem Reap part 1

Seawal jam 3 pagi, aku naik bas dari KL sentral menuju ke LCCT. Walaupun aku rasa mengantuk tahap gaban, aku terpaksa jugak sebab flight akan berlepas pada pukul 6.50 pagi. Tiba di airport, aku buat self check-in dan terus masuk ke boarding hall. Sejurus pintu dibuka, aku galas beg dan mula berjalan dan masuk dalam perut kapal terbang. Flight penuh dengan kanak-kanak mat saleh beserta pengiring mereka , mungkin ada trip dari sekolah mereka ke Land Of Khmer, Cambodia. Selepas isi arrival card, aku bantai tidur sepanjang penerbangan 2 jam tersebut sebab rasa mengantuk yang teramat sangat. Kapal terbang mendarat di Siem Reap Int Airport pada jam 730 pagi, 20 minit awal dari ETA.

*waktu di Cambodia adalah GMT +7, iaitu 1 jam ke belakang dari Malaysia . 730 pagi di Cambodia = 830 pagi di Malaysia


Keluar dari perut kapal terbang, aku berjalan masuk ke dalam hall dan beratur untuk cop pasport dan juga serahkan arrival card. Rakyat Malaysia tidak perlu Visa untuk ke Cambodia kerana merupakan salah sebuah negara ASEAN , dan negara lain yang turut terkecuali ialah Laos, Filipina, Singapore, Indonesia, Thai dan juga Vietnam. Muka pegawai tukang cop pasport aku sungguh garang dan dia bertanya destinasi seterus nya selepas Siem Reap. Setelah aku jawab Phnom Penh dan Ho Chi Minh, dia meminta slip tiket flight HCM-KL aku dan selepas meneliti  dan berpuas hati, baru dia cop pasport dan bagi balik slip tiket kapal terbang tersebut. heh, ingat aku ni kaki tipu ke?


Aku berjalan menuju ke luar airport, rupa nya baru aku perasan yang takde langsung pegawai yang cek or scan luggage. Ramai pemandu tuk-tuk sabar menunggu costumer mereka, dan setelah puas scan dan takda nama aku, so aku lepak dan layan wifi free kat kafe luar epot tersebut. Tengah mata aku melilau, akhir nya aku ternampak seseorang memegang kertas terpampang nama aku dan terus bersalam dan naik motor menuju ke Popular Guesthouse

free pick-up Popular GH . lebih kurang 15 minit dari epot ke popular gh



tuk-tuk ; popular mode of transportation in Cambodia


sepanjang perjalanan, aku tengok banyak kereta yang boleh tahan mahal seperti Lexus, Land Rover di atas jalan raya. Aku musykil, mesti harga kereta kat sini murah. Kalau kat mesia, mati la nak membayor installment tiap-tiap bulan...huhu. Setelah sampai di Popular GH , pekerja di situ bagi aku kunci bilik dan tunjukkan aku bilik yang telah aku tempah. Aku tempah bilik single room berkipas dengan sharing toilet berharga 3USD, hoh murah ! Memandang kan aku cuma bawak rm550 untuk trip seminggu ni, bilik tu dah more than enough. Bayaran bilik boleh dibuat semasa nak check out dari guesthouse tersebut. Depan Popular GH ni adalah Mandalay Inn, manakala di sebelah Popular GH ada villa yang cantik, aku langsung tak perasan pasal villa tu sehinggalah diberitahu oleh YA. Sorry, aku pesen jenis yang tak kisah pasal tempat tido, sebab tu tak aware dengan hostel lain


Selepas letak barang, aku keluar dari bilik dan menuju ke  persimpangan jalan, iaitu sebelah kiri dari Popular GH. Kat simpang jalan ni ada beberapa buah kedai runcit, kedai dobi etc. Aku beli air mineral dengan harga KHR1000($0.25 / 80sen). Selain tu, kat sini jugak ada money changer koboi, pesen berniaga tepi jalan, selain dari kedai sewa basikal berharga 1USD/day. Murah woii, tapi sakit bontot haha


kat sini diterima pakai matawang KHR dan juga USD. Aku tukar semua duit aku dalam usd dan standby rm150 untuk emergency. Rate 1usd = 4000KHR , so jangan panik kalau dia bagi balance dalam KHR. Mula-mula aku pening dengan currency kat sini, tapi lama-lama, aku paham dengan cara urus niaga kat sini

contoh, harga air mineral 1000KHR . Kalau bayar pakai duit $1, peniaga akan bagi baki dalam KHR bernilai 3000KHR, iaitu :

4000KHR($1) - 1000KHR(air mineral) = 3000KHR.

paham ? ke tak paham? kalo tak paham, nanti find out sendiri ye ! aku tak reti nak eksplein, kang berbelit kahkah

aku masuk satu kedai yang provide servis jual tiket bas dan jugak sewa basikal. Lepas beli tiket bas ke Phnom Penh berharga $5 (rm15) , aku bayar $2, iaitu kos sewa basikal untuk 2 hari. sebenar nya, aku terpikir macam mana gaya aku bawak basikal pesen makwe berbakul depan ni. Seksi? Macho? Gurly? hahaha


dari simpang, aku kayuh basikal ke Old Market. Jarak dari Popular GH ke Old market cuma lah sekangkang kera, dekat yang teramat sangat. First attempt kayuh basikal kat sini, sumpah aku kekok. Sistem memandu di sini ialah left-handed drive, kadang-kadang aku tersilap masuk lorong sebab confuse, nasib baik tak melanggar atau dilanggar !


bersambung.....


Thursday 5 April 2012

Incredible India : New Delhi Part 3

setelah lama meninggal kan blog, its time to blog again ! dah lama aku buat blog ni, cuma malas nak menaip. aku cuma taip sekerat je entry part 3, then terus stop dari menulis...
anyway , aku dah delete blog dulu dan sekarang blog tu dah diambil alih oleh Angis / Alex Yoong, whom I never know, blogging about 'Nature Education' haha. Ah, lantak kome le..

Travelog India tersangkut di part 2, dan aku sekarang tengah berusaha untuk menghabis kan siri episod India. Aku dah buang post dulu, so dah rasa malas nak tulis balik... kira aci la ye? sapa yang tak sempat baca tu, sorry

Bismillahirrahmanirrahim.

================================== travelog India part 3=========================================



Angka jam menunjuk kan jam 7 pagi. Dengan dua beg depan dan belakang badan, aku turun tangga menuju ke stesen kereta api New Delhi. Main point aku ke sini ialah untuk mencari pejabat 'International Tourist Bureau' (ITB), terletak di tingkat satu. Sebelum ni, aku pernah booking tiket secara online via cleartrip.com, tetapi selepas kerja gila AAX membatalkan flight pergi dan balik aku, aku terpaksa ambil tarikh flight lain.  Kalau di ikut kan tarikh dan masa train tersebut , aku akan terlepas flight balik ke malaysia, so aku terpaksa cancel kan semua tiket dan mintak refund dengan cleartrip.com.Sewaktu mata aku melilau ke kiri kanan depan belakang, mencari lokasi pejabat tersebut, aku berasa sayu bila melihat manusia bergelimpangan atas lantai stesen. Tak sejuk ke? Aku yang pakai sweater ni pun tak tahan sejuk. Sedang aku perhati kan sekeliling, tetiba aku nampak signboard 'ITB'. Fuh, selamat! Nasib baik jumpa !  Memandang kan ofis tu bukak pukul 8 pagi, so aku ambil keputusan untuk ke Paharganj, iaitu backpackers area di Delhi. 



see the blue signboard ? naik tangga tu ke opis



kesian kan?

Sewaktu mencari EXIT stesen kereta api, aku disapa beberapa lelaki menawarkan teksi dan hotel murah. Berkali - kali aku cakap 'NO' tapi mereka still lagi mendesak aku mengambil servis mereka. Adoi, aku dah fed-up sampai at one point, aku tinggi kan pitching suara dan say 'NO. I can walk by my own. Thanks' . Apa aku boleh cakap, mereka ni kadang-kadang a bit pushy. 



Setelah jumpa EXIT, aku berdiri di tepi jalan raya. Aku bukak mata besar-besar sebab jalan jem, penuh dengan kenderaan ! Untuk ke Paharganj, aku kena melintas jalan raya tersebut. Aku sebenar nya.....risau.. Tak kena langgar ke? Melihat kan kepada gaya pemanduan pemandu dan pembonceng motosikal di sini, aku rasa macam aku bakal menjadi mangsa langgar lari atau pun mangsa kena lenyek . Aduss aku harap dua-dua takkan berlaku..dengan lafaz bismillah, aku mula melintas dan ketika di tengah jalan, ada sebuah kereta yang dipandu laju membunyi kan hon. Aku gugup sekejap dan cepat-cepat melintas , takut kena langgar.

HOI, HON JA BUAT APA?!!! DAH TAHU ORANG MELINTAS, SLOW LE SIKIT !



Aku terus berjalan ke area Paharganj. Aku pakai buff sebab bau hancing sangat kuat kat sini. Bermacam bau berbaur menjadi satu, dan mula menusuk hidung...adus pedihhhhh +_+


feel motivated to come here ? heehe 


walau pun agak kotor, tapi aku suka sebab suasana kat sini tak sama macam kat tempat kita.. aku rasa asing, best !




Paharganj area..kedai bukak 1030 pagi, kalau malam lagi happening
puas meneroka, aku menuju ke deretan restoran di tepi jalan berhadapan stesen kereta api. Aku masuk ke satu restoran yang ada sign halal, dan dari saat aku masuk hingga lah melabuh kan punggung ke atas kerusi, aku menjadi tumpuan manusia di dalam restoran. Aiseyman, apa hal pulak ni. Aku cek badan aku, takut terpalit tahi, cek zip seluar takut terbuka, tapi semua nya OK! Ah, lantak le...


aku lupa aku order apa, tapi sedap ok!! cuma aku teguk sekali je lassi, lepas tu aku tolak jauh-jauh sebab rasa nak muntah. aku ingat kan lassi=chai, rupanya chai = teh

lepas makan, aku melintas jalan raya menuju ke stesen kereta api untuk membeli tiket kereta api. Biasa nya IRCTC ada allocate quota untuk foreigner so takde problem kalau tak booking siap-siap dari malaysia. Tapi, availability tiket tak terjamin, sama ada ada masih ada  kosong atau pun fully booked .  Kalau ada, untung badan memang rezeki, tapi kalau takde pergi terjun bangunan. Eh tak! Ada mode transportation yang lain iaitu bas ( lagi murah ) ataupun kapal terbang (*nangis).

Aku keluar kan kamera dan mula mengambil gambar secara curi-curi di sekitar stesen kereta api. Pagi tadi aku dah kena tegur dengan guard sebab ambil gambar, so aku terpaksa ambil secara curi-curi. Bahu aku dicuit seseorang, dan aku agak dia akan menegur hal berkenaan mengambil gambar. 

'sir, no photograph allowed here, as this is under government's control. Keep your valuables carefully, as you might lose them within seconds'

aku dah fed-up. Ni dah kali ke berapa kantoi ambil gambar secara curi-curi selepas insiden di airport dan stesen metro. Rasa macam nak campak je dslr ni sebab obvious sangat scene mengambil gambar nya ! Macam mana nak ambil gambar curi sedang kan saiz kamera ni terang-terangan boleh nampak dari jarak yang jauh?!! Nak kena beli point and shoot nih! Aku simpan kamera dan bertanya kan lokasi pejabat ITB. Aku dah tahu sebenar nya, saja nak test lelaki ni jujur atau tak. Berdasarkan jawapan nya, aku boleh conclude yang dia ni memang jujur, lokasi nya sama seperti yang aku jumpa tadi. 

'trust nobody inside. someone will stop you and tell you that the office has been burnt down, no longer opened etc. They are scammers, just go upstairs and you will find the office'. Fuh bagus lah mamat ni. Siap kasi nasihat lagi. Lepas say goodbye, aku menuju ke stesen kereta api.


Seperti dijangka, seorang lelaki berpakaian kemeja dan seluar slack lengkap berkasut hitam block laluan aku dan mula berbicara, memasang perangkap.

Dia : sir, where are you going?
Aku : Upstairs. To buy train ticket
Dia : Sir, the office has been burnt down. Please follow me, I show you the new office

heh, mula dahhh !!!!! Sorry, you are dealing with a wrong person

Aku : 'That's okay. If that case, I'll go and check it first, then I'll find you'. Aku melangkah ke tangga sambil lelaki itu follow aku dari belakang dan terjerit-jeriti ' i work here sir, trust me! The office is no longer opened bla bla'. Aku ignore dan sewaktu kaki mula menapak atas anak tangga yang pertama, dia rentap backpack aku dari belakang dengan kuat !!

HOIII GILA KAA?! STOP BOTHERING ME! YOU ARE A BIG LIAR!!

Dengan pantas, aku menghabis kan saki baki anak tangga dan menuju ke pintu masuk ITB yang terbuka luas seakan-akan mengalu-alu kan kedatangan aku. Cis, penipu sungguh ! Nak je turun bawah balik then tarik heret dia depan ITB sambil pulas telinga dia kuat-kuat. 'Nah ko tipu aku ye, nah rasakan, rasakan !!!'. Tapi biasa la, ayat dalam hati je, tak berani nak buat. haha




bersambung....ngantuk !