anyway , aku dah delete blog dulu dan sekarang blog tu dah diambil alih oleh Angis / Alex Yoong, whom I never know, blogging about 'Nature Education' haha. Ah, lantak kome le..
Travelog India tersangkut di part 2, dan aku sekarang tengah berusaha untuk menghabis kan siri episod India. Aku dah buang post dulu, so dah rasa malas nak tulis balik... kira aci la ye? sapa yang tak sempat baca tu, sorry
Bismillahirrahmanirrahim.
================================== travelog India part 3=========================================

see the blue signboard ? naik tangga tu ke opis

kesian kan?
Sewaktu mencari EXIT stesen kereta api, aku disapa beberapa lelaki menawarkan teksi dan hotel murah. Berkali - kali aku cakap 'NO' tapi mereka still lagi mendesak aku mengambil servis mereka. Adoi, aku dah fed-up sampai at one point, aku tinggi kan pitching suara dan say 'NO. I can walk by my own. Thanks' . Apa aku boleh cakap, mereka ni kadang-kadang a bit pushy.
![]() |
HOI, HON JA BUAT APA?!!! DAH TAHU ORANG MELINTAS, SLOW LE SIKIT !
Aku terus berjalan ke area Paharganj. Aku pakai buff sebab bau hancing sangat kuat kat sini. Bermacam bau berbaur menjadi satu, dan mula menusuk hidung...adus pedihhhhh +_+
puas meneroka, aku menuju ke deretan restoran di tepi jalan berhadapan stesen kereta api. Aku masuk ke satu restoran yang ada sign halal, dan dari saat aku masuk hingga lah melabuh kan punggung ke atas kerusi, aku menjadi tumpuan manusia di dalam restoran. Aiseyman, apa hal pulak ni. Aku cek badan aku, takut terpalit tahi, cek zip seluar takut terbuka, tapi semua nya OK! Ah, lantak le...
aku lupa aku order apa, tapi sedap ok!! cuma aku teguk sekali je lassi, lepas tu aku tolak jauh-jauh sebab rasa nak muntah. aku ingat kan lassi=chai, rupanya chai = teh
lepas makan, aku melintas jalan raya menuju ke stesen kereta api untuk membeli tiket kereta api. Biasa nya IRCTC ada allocate quota untuk foreigner so takde problem kalau tak booking siap-siap dari malaysia. Tapi, availability tiket tak terjamin, sama ada ada masih ada kosong atau pun fully booked . Kalau ada, untung badan memang rezeki, tapi kalau takde pergi terjun bangunan. Eh tak! Ada mode transportation yang lain iaitu bas ( lagi murah ) ataupun kapal terbang (*nangis).
Aku keluar kan kamera dan mula mengambil gambar secara curi-curi di sekitar stesen kereta api. Pagi tadi aku dah kena tegur dengan guard sebab ambil gambar, so aku terpaksa ambil secara curi-curi. Bahu aku dicuit seseorang, dan aku agak dia akan menegur hal berkenaan mengambil gambar.
'sir, no photograph allowed here, as this is under government's control. Keep your valuables carefully, as you might lose them within seconds'
aku dah fed-up. Ni dah kali ke berapa kantoi ambil gambar secara curi-curi selepas insiden di airport dan stesen metro. Rasa macam nak campak je dslr ni sebab obvious sangat scene mengambil gambar nya ! Macam mana nak ambil gambar curi sedang kan saiz kamera ni terang-terangan boleh nampak dari jarak yang jauh?!! Nak kena beli point and shoot nih! Aku simpan kamera dan bertanya kan lokasi pejabat ITB. Aku dah tahu sebenar nya, saja nak test lelaki ni jujur atau tak. Berdasarkan jawapan nya, aku boleh conclude yang dia ni memang jujur, lokasi nya sama seperti yang aku jumpa tadi.
'trust nobody inside. someone will stop you and tell you that the office has been burnt down, no longer opened etc. They are scammers, just go upstairs and you will find the office'. Fuh bagus lah mamat ni. Siap kasi nasihat lagi. Lepas say goodbye, aku menuju ke stesen kereta api.
Seperti dijangka, seorang lelaki berpakaian kemeja dan seluar slack lengkap berkasut hitam block laluan aku dan mula berbicara, memasang perangkap.
Dia : sir, where are you going?
Aku : Upstairs. To buy train ticket
Dia : Sir, the office has been burnt down. Please follow me, I show you the new office
heh, mula dahhh !!!!! Sorry, you are dealing with a wrong person
Aku : 'That's okay. If that case, I'll go and check it first, then I'll find you'. Aku melangkah ke tangga sambil lelaki itu follow aku dari belakang dan terjerit-jeriti ' i work here sir, trust me! The office is no longer opened bla bla'. Aku ignore dan sewaktu kaki mula menapak atas anak tangga yang pertama, dia rentap backpack aku dari belakang dengan kuat !!
HOIII GILA KAA?! STOP BOTHERING ME! YOU ARE A BIG LIAR!!
Dengan pantas, aku menghabis kan saki baki anak tangga dan menuju ke pintu masuk ITB yang terbuka luas seakan-akan mengalu-alu kan kedatangan aku. Cis, penipu sungguh ! Nak je turun bawah balik then tarik heret dia depan ITB sambil pulas telinga dia kuat-kuat. 'Nah ko tipu aku ye, nah rasakan, rasakan !!!'. Tapi biasa la, ayat dalam hati je, tak berani nak buat. haha
bersambung....ngantuk !